Powered By Blogger

Pages

Wednesday, November 30, 2011

25 - 27 November


25 NOVEMBER

mungkin hari jumaat.. aku sudah berkerjaya ( PRACTICAL ) dalam minggu pertama lagi aku sudah bertanduk tajam memikirkan HOLIDAY! maka aku mengambil keputusan untuk tipu sunat kepada bos aku dengan mengatakan aku MC.. maka aku berriang-ria menaiki bus ke KUANTAN-KUALA LUMPUR-SUBANG JAYA bersama laki kuuuu.... sesampai di titiwangsa aku bergegas naik LRT menuju ke BANDARAYA maka terus ke KL SENTRAL untuk menuju ke SUBANG JAYA... yeayy!! sampai juga hajat aku nak pergi SUNWAY LAGOON dengan my uncyt! 

26 NOVEMBER

maka tiba masa.. pagi-pagi buta lagi dah bangun dengan sukacitanya mandi-mandi siap-siap ke Sunway lagoon.. tetapi sebelum tu kami breakfast dulu untuk mengambil tenaga untuk bermain sehari suntuk dari 10:00 pagi sehingga 6:00 petang!! HAHA mencuba pelbagai permainan.. Ada yang macam nak mencabut nyawa aku, uncyt aku pun sama " Sumpah aku tak nak naik lagi " HAHAHA! tu perkataan dia sebut masa naik TOMHAWK! walaupun mengerikan tetapi kami seronok..

27 NOVEMBER

tiba masa kami pulang tiket bus pukul 3:30 petang sampai 7:00 petang.. 




Friday, November 18, 2011

21 november 2011

5th July 2011


21 november 2011.. date kepada semua pelajar uitm lama mendaftar masuk balik.. buat aku?? aku tak perlu lagi mendaftar pergi sana, sebab?? im in part 6 now and continue with my practical on this 21 nov 2011..  bagi my hencik buncyit.. he must go there continue his part 4.. so mula la aku berfikir macam-macam..  takot juga lah sebab budak baru nak masuk.. but.... i trust him!! aku tahu dia tak akan buat aku kecewa.. terima kasih sayang.. tapi macam biasa lah aku ni bergedik-gedik risau konon-konon lah.. tapi terdetik penyesalan didalam kepala otak ni "eh! kenapa lah aku tak buat practical kt jengka, kan senang dengan dia" duss!! bodoh disitu HAHA!  menyesal-menyesal.. kenapa la tak fikir awal-awal lagi.. kalau dulu aku selalu bersama dia.. boleh dikatakan setiap hari berjumpa tapi kali ini mungkin susah nak jumpa lagi.. aku kena belajar sebab aku dah janji dengan dia nak belajar untuk sabar cinta jarak jauh.. insyALLAH dengan izin tuhan dan jodoh kami, kami berkekalan..  aku mesti belajar menerima..  aku bersyukur diberi peluang dicintai dan mencintai.. semoga segala ujian dan halangan dapat kami tempuhi dengan sabar dan tenang..
AMIN

Wednesday, November 16, 2011

Sang cerdik kumputer!

terima kasih pada kau yang menghuru-hara kan hidup aku seketika.. mungkin ada yang pernah kena, mungkin ada yang tak pernah kena lagi.. siapakah?? (SANG CERDIK KUMPUTER) dalam kata omputeh (THE HACKER) yang aku sendiri sudah terkena bagai..mukabuku aku habis dihuru-harakan dengan pelbagai cerita dongeng kau persembahkan.. ye silap aku juga tekan-tekan link macam-macam baru lah mengelabah beruk bila  FACEBOOK sendiri telah kena HACK! pada sang cerdik kumputer, aku akui kau sangat hebat dan pandai kumputer tapi tolong lah jangan menggunakan kehebatan kau untuk merosakkan hidup orang yang buta IT. kau sangat berbakat, gunakan lah baik-baik untuk kebaikan bersama mana tahu nanti kau akan jadi jutawan.. amin - INI DOA AKU BUAT KAU - aku tak bermusuh, aku tak nak bergadoh berperang bagai.. aku ingin berdamai.. Pada yang belum kena.. 
 
PLEASE REMIND URSELF NOT TO CLICK ANY LINK

-FACEBOOK JUST FOR 18 ABOVE-

Friday, November 4, 2011

bermuka-muka kau memang kelassss !

ternyata kau memang manusia paling bermuka-muka disekitar UITM, dari sudut kau tampak baik sopan..  PUIHHH! kau tak ubah seperti buaya yang nampak tenang di sungai tapi banyak muslihat..  


  1. kau kelasss mengata member..
  2. kau bagus menjadi pelakon terhandal.. (bermuka-muka)
  3. kau bagus porak peranda hubungan orang (no wonder la tiada orang boleh mendampingi kau)
  4. kau pandai penipu mak bapak kau sendiri..
  5. kau buat orang lemah dengan kesopanan yang terhandal kau..
  6. kau orang paling "syco" pernah aku jumpa.. 


enough if enough kau tak layak jadi sehabat sejati..  cukup sampai disini hubungan kita..  post ini aku tujukan kepada kau untuk kau sedar yang kau bukan sempurna nak mengata orang disekeliling kau.. KAU MEMANG HANDAL


Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang durhaka itu mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila mereka melalui mereka, mereka berlirik-lirikan. Dan apabila mereka kembali kepada keluarganya, mereka kembali dengan suka cita. Dan apabila mereka melihat mereka itu, mereka berkata: 'Sungguh mereka itu orang-orang yang sesat.' Padahal mereka itu tidak diutus untuk menjadi pengawal atas mereka. Oleh karena itu pada hari ini orang-orang mu'min akan mentertawakan orang-orang kafir itu." (al-Muthaffifin 29-34)
 
Ayat ini31 dengan tegas dan jelas menyebutkan dilarangnya perempuan mengolok-olok orang lain, padahal perempuan sudah tercakup dalam kandungan kata kaum. Ini menunjukkan, bahwa pengolok-olokan sementara perempuan terhadap yang lain, termasuk hal yang biasa terjadi di kalangan mereka.

Thursday, November 3, 2011

Syukur kepada ALLAH


usaha..  berdoa..  tawakal..  ALHAMDULILAH PUJIAN BAGI ALLAH..  segala yang susah dipermudahkan..  bersyukur..  kepada sahabat-sahabat saya..   NORSUHADA RAZAK dan NURKHAIRUN NABILA .  terima kasih atas segala tunjuk ajar dan berkongsi ilmu sekalian..  INSYALLAH rezeki sentiasa ada dimana-mana..  to my baby uncyt MUHAMMAD AZRIN AIDIL , tahniah lulus semuanya..  saya bangga dengan awak..  Apa-apa pun saya tetap ada dengan awak even kita sudah jauh.. 
TERIMA KASIH SEMUA

Wednesday, November 2, 2011

Perubahan

 
 
 
YA ALLAH

BERIKAN AKU PETUNJUK

BUKAKAN HATI AKU KE JALAN YANG NUR



 

Tuesday, November 1, 2011

Beringat-ingat LAH


sedikit kenangan dan perjalanan nak aku sharekan.. mungkin boleh jadi pendoman kepada insan bernama wanita..


mungkin tak lama tapi meninggal kesan mendalam..   pengalaman bersama mungkin manis..  tapi menyakitkan hati..  kecewa  sudah, menangis, meraung pun sudah..  bukan semua tapi segelintir..  words tamak sudah biasa dipedengarkan..  tahu dunia sekrang wanita makin ramai, lelaki berkurangan..  tapi bukan bermaksud boleh mengaku diri itu "SINGLE"..  sudah cukup beri harapan pada wanita yang mungkin jujur dalam persahabatan dan meminta lebih..  bila kantoi senang hati beredar tanpa mengetahui kekecewaan yang wanita hadapi..  ALLAH itu maha adil..  mungkin dia bukan terbaik untuk kita, ALLAH maha mengetahui, berlalu nya yang menangis datang nya yang mengembirakan..usaha, berdoa, bertawakal..  insyALLAH diperturunkan..  mungkin bukan didunia tapi diakhirat yang menjanjikan kebahagiaan yang berkekalan..

PERINGATAN
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu."  (Riwayat Muslim)


Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan
  • Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
  • Bacalah Al-Qur'an
  • tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
  • Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
  • Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
  • Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
  • Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
  • Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
  • Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
  • Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."