Pages

Sunday, October 9, 2011

Dari Seorang Kakak


Adik

Dengar nasihat kakak 

Tak baik melawan cakap mama abah

Segala nasihat mereka untuk kebaikan 

Abah mama mampu bagi kita pelajaran

Pelajaran ini akan jadikan kita harta yang berpanjangan

Jangan bagi meraka susah hati

Jangan bagi mereka menangis

Jangan bagi mereka kecewa

Sejak lahir sampai umur adik sekarang

Mereka yang membesarkan

Segala permintaan adik ditunaikan

Kesian mama kesian abah

Susah payah kita tak nampak

tapi mereka yang rasa

Bagi mereka hadiah dengan keputusan adik yang cermerlang

Gantikan tangisan kecewa itu dengan tangisan gembira

Hanya mereka yang sayangkan kita

MAMA ABAH MAAFKAN SIKAP ADIK
DIA TAK MATANG LAGI
ADIK SAYANGKAN MAMA DAN ABAH
dari seorang kakak



 

No comments:

Post a Comment